← Kembali ke Senarai Jawatan
LPSAPk_JA5/02/2026 Aktif
Kontrak
Penolong Jurutera JA5
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan: Kejuruteraan
Taraf Jawatan: Kontrak
Lokasi
Ipoh
Jadual Gaji
Gaji Minimum: RM 1,650.00 - Gaji Maksimum: RM 6,620.00
Tarikh Tutup
02-11-2026 11:59 PM (ISNIN)
Taraf Jawatan
Kontrak
Deskripsi Tugas
Membantu Jurutera dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pembangunan/pengurusan sumber air, termasuk pemeriksaan serta pemantauan keadaan sungai, pengumpulan data teknikal, penyelarasan kerja penyelenggaraan dan pemuliharaan serta penyediaan laporan bagi memastikan pembangunan/pengurusan sumber air dilaksanakan secara berkesan dan mampan.
Syarat Permohonan
Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Sijil Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b) Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
c) Warganegara Malaysia; dan
d) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Tambahan :
Sekiranya Pegawai Perkhidmatan Awam lantikan Tetap/Kontrak perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
a) Tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib dan bebas daripada pertuduhan mahkamah; dan
b) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 90% dan ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun terkini sebelum tarikh permohonan.
Pertimbangan / Keutamaan :
a) Keutamaan kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan;
b) Boleh menggunakan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint dengan baik; dan
c) Kebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan baik bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Cara Memohon
- 1Calon-calon yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan klik butang ‘Mohon Sekarang’.
- 2Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan akan DITOLAK.
- 3Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
- 4Sekiranya calon tidak menerima jawapan selepas enam bulan daripada tarikh tutup iklan maka permohonan adalah dianggap tidak berjaya.