← Kembali ke Senarai Jawatan
LPSAPk_H1/02/2026 Aktif Kontrak

Pembantu Khidmat Am H1

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Taraf Jawatan: Kontrak
Lokasi
Ipoh
Jadual Gaji
Gaji Minimum: RM 1,500.00 - Gaji Maksimum: RM 4,680.00
Tarikh Tutup
02-11-2026 11:59 PM (ISNIN)
Taraf Jawatan
Kontrak

Deskripsi Tugas

Pembantu Khidmat Am bertanggungjawab melaksanakan skop tugas berkenaan pengurusan dokumen dan memberi sokongan operasi serta memastikan pengurusan pejabat agar berjalan dengan lancar. Pembantu Khidmat Am juga bertanggungjawab bagi urusan pemanduan dan penyelengaraan semua jenis kenderaan.

Syarat Permohonan

Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
b) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
e) Memiliki lesen memandu Kelas B2/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan
memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan.
f) Warganegara Malaysia; dan
g) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Tambahan :
Sekiranya Pegawai Perkhidmatan Awam lantikan Tetap/Kontrak perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
a) Tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib dan bebas daripada pertuduhan mahkamah; dan
b) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 90% dan ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun terkini sebelum tarikh permohonan.
Pertimbangan / Keutamaan :
a) Keutamaan kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan; dan
b) Kebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan baik bagi.

Cara Memohon

  • 1Calon-calon yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan klik butang ‘Mohon Sekarang’.
  • 2Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan akan DITOLAK.
  • 3Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
  • 4Sekiranya calon tidak menerima jawapan selepas enam bulan daripada tarikh tutup iklan maka permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh Penting

Tarikh Diiklankan
19 Oct 2026
Tarikh Tutup
02 Nov 2026

Hubungi Kami

Pegawai DihubungiUNIT SUMBER MANUSIA LPSA PERAK
Telefon05-5465882
AlamatLembaga Pengurusan Sumber Air Perak
No.29, BASCO Kepayang 1
BASCO Kepayang
31400 IPOH

Berminat?

Jangan lepaskan peluang ini untuk berkhidmat dengan kami!

Mohon Sekarang