← Kembali ke Senarai Jawatan
LPSAPk_KP1/02/2026 Aktif
Kontrak
Pembantu Penguat Kuasa KP1
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
Taraf Jawatan: Kontrak
Lokasi
Ipoh
Jadual Gaji
Gaji Minimum: RM 1,500.00 - Gaji Maksimum: RM 4,680.00
Tarikh Tutup
02-11-2026 11:59 PM (ISNIN)
Taraf Jawatan
Kontrak
Deskripsi Tugas
Pembantu Khidmat Am bertanggungjawab melaksanakan skop tugas berkenaan pengurusan dokumen dan memberi sokongan operasi serta memastikan pengurusan pejabat agar berjalan dengan lancar. Pembantu Khidmat Am juga bertanggungjawab bagi urusan pemanduan dan penyelengaraan semua jenis kenderaan.
Syarat Permohonan
Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
b) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
c) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan
tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau
d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
f) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
g) Warganegara Malaysia; dan
h) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Tambahan :
Sekiranya Pegawai Perkhidmatan Awam lantikan Tetap/Kontrak perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
a) Tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib dan bebas daripada pertuduhan mahkamah; dan
b) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 90% dan ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun terkini sebelum tarikh permohonan.
Pertimbangan / Keutamaan :
a) Keutamaan kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan;
b) Kebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan baik.
Cara Memohon
- 1Calon-calon yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan klik butang ‘Mohon Sekarang’.
- 2Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan akan DITOLAK.
- 3Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
- 4Sekiranya calon tidak menerima jawapan selepas enam bulan daripada tarikh tutup iklan maka permohonan adalah dianggap tidak berjaya.