← Kembali ke Senarai Jawatan
LPSAPk_W1/02/2026 Aktif
Kontrak
Pembantu Tadbir (Kewangan) W1
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
Taraf Jawatan: Kontrak
Lokasi
Ipoh
Jadual Gaji
Gaji Minimum: RM 1,500.00 - Gaji Maksimum: RM 4,680.00
Tarikh Tutup
02-11-2026 11:59 PM (ISNIN)
Taraf Jawatan
Kontrak
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan, pinjaman dan hasil.
Syarat Permohonan
Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip
Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan
Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan)
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
f) Warganegara Malaysia; dan
g) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Tambahan :
Sekiranya Pegawai Perkhidmatan Awam lantikan Tetap/Kontrak perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
a) Tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib dan bebas daripada pertuduhan mahkamah; dan
b) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 90% dan ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun terkini sebelum tarikh permohonan.
Pertimbangan / Keutamaan :
a) Keutamaan kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan;
b) Boleh menggunakan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint dengan baik; dan
c) Kebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan baik.
Cara Memohon
- 1Calon-calon yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan klik butang ‘Mohon Sekarang’.
- 2Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan akan DITOLAK.
- 3Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
- 4Sekiranya calon tidak menerima jawapan selepas enam bulan daripada tarikh tutup iklan maka permohonan adalah dianggap tidak berjaya.