← Kembali ke Senarai Jawatan
LPSAPk_W5/02/2026 Aktif
Kontrak
Penolong Akauntan W5
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
Taraf Jawatan: Kontrak
Lokasi
Ipoh
Jadual Gaji
Gaji Minimum: RM 1,650.00 - Gaji Maksimum: RM 6,620.00
Tarikh Tutup
02-11-2026 11:59 PM (ISNIN)
Taraf Jawatan
Kontrak
Deskripsi Tugas
Membantu melaksanakan sistem perakaunan Lembaga mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan termasuk kutipan dan terimaan hasil, amanah dan penyediaan laporan tahunan.
Syarat Permohonan
Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Sijil dalam bidang Pengajian Perniagaan atau Penyimpanan Kira yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
c) Diploma Perakaunan atau Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Kewangan atau Perbankan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau
d) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang Kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
e) Warganegara Malaysia; dan
f) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Tambahan :
Sekiranya Pegawai Perkhidmatan Awam lantikan Tetap/Kontrak perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
a) Tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib dan bebas daripada pertuduhan mahkamah; dan
b) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 90% dan ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun terkini sebelum tarikh permohonan.
Pertimbangan / Keutamaan :
a) Keutamaan kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan;
b) Boleh menggunakan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint dengan baik;
c) Kebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan baik bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan
e) Mempunyai pengetahuan dalam waran, pengkodan serta perakaunan untuk hasil dan perbelanjaan.
Cara Memohon
- 1Calon-calon yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan klik butang ‘Mohon Sekarang’.
- 2Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan akan DITOLAK.
- 3Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
- 4Sekiranya calon tidak menerima jawapan selepas enam bulan daripada tarikh tutup iklan maka permohonan adalah dianggap tidak berjaya.